SK KEPANGIAN RANAU SABAH

Bahagian Depan Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah kebangsaan Kepangian terletak 17 KM dari pekan Ranau. Terlalu sukar untuk guru datang bertugas terpaksa berjalan kaki turun naik melalui hutan dengan bentuk muka bumi yang terlalu curam / tinggi tanpa jalan raya. 

           

            Pada tahun 1975 dengan usaha En. Korongkos Bakiron dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kepangian dan Suminipod disamping kepimpinan En. Amin Jahali sebagai Wakil Rakyat Daearah Ranau pada ketika itu. Sekolah ini dibuka atas nama cawangan Sekolah Kebangsaan Nampasan. Bangunannya diperbuat daripada kayu berukuran 30’ x  20’  mempunyai murid seramai 8 orang. En.Tajuddin Galimbu guru tunggal pertama dihantar bertugasa juga  bertindak sebagai Guru Besar. Setelah bilangan murid yang mendaftar bertambah akhirnya Sekolah Kebangsaan Kepangian diluluskan sepenuhnya secara bersendirian dan didaftarkan pada 14.07.1980. Nombor Pendaftarannya JPS/PSS/REN/0611.

           

            Tahun demi tahun bilangan pelajar, guru dan kemudahan lain bertambah.  4 buah rumah guru termasuk rumah Guru Besar dibina berperingkat-peringkat. 2 buah diperbuat daripada bambu dan 2 buah diperbuat daripada kayu secara bergotong royong oleh PIBG. Jalan Raya telah diusahakan pembinaannya, namun hanya kereta pacuan 4 roda sahaja dapat melaluinya.

           

            Pada tahun 1992 1 blok bangunan baru berukuran 120’ x 20’ yang mempunyai 3 bilik darjah, 1 bilik pentadbiran dan pada tahun 1998 1 unit kembar rumah guru (Projek kilat) telah dibina.                                                                                                                                                                                               

           

            Pada tahun 2002  kos pembinaan jalan raya laluan ke kawasan sekolah sepanjang 50 m telah diluluskan oleh Tan Seri Bernard Dompok . Pada tahun yang sama Guru Besar  mengambilkira sebuah kantin sekolah  perlu diwujudkan sebagai kemudahan guru dan murid membeli makanan waktu rehat . Oleh kerana sekolah dan PIBG tidak mempunyai kewangan, cadangan Guru Besar diterimapakai oleh semua ahli PIBG iaitu pembinaan kantin ditawarkan kepada ahli  PIBG yang mampu secara individu  dan diusahakannya tanpa seawa sehingga dapat pulangan kos pembinaannya, kemudian menyerahkan  kantin tersebut kepada PIBG atau Sekolah untuk menentukan pengusaha seterusnya dengan sewa yang sesuai berdasarkan  tendar.        En. Emin Keguring selaku Ketua Kampung telah menerima tawaran tersebut demi keperluan murid seramai 83 orang, 8 orang guru termasuk guru besar, 1 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Pekerja Am ketika itu.

       

           

Pada  tahun 2003  3 Unit rumah guru dan 2 unit tandas guru berbentuk konkrit telah dibina. Pada tahun 2004 sekolah mendapat bekalan Elektrik dan air graweti. Atas permohonan PIBG peruntukan pembinaan padang untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani berukuran 70’ x 60’ telah diluluskan oleh Tan Seri Bernard Dompok. Pada Tahun yang sama  sebuah bilik RMT berukuran 30’ x 20’  dibina secara bergotong royong oleh PIBG  dengan kos yang terendah dikeluarkan oleh pihak sekolah.                                                  

 

            Pada tahun 2005 4 unit tandas murid konkrit siap dibina . Pada tahun 2007  permohonan PIBG di bawah kepimpinan En. Kanis Kamirong  sebanyak RM 5 000.00 untuk membina Mini Dewan terbuka berukuran 20’ x 30’ telah diluluskan oleh Datuk Dr. Ewon Ebin. Jabatan Pelajaran telah meluluskan permohonan peruntukan peluasan bilik guru seluasa 12 x 25 kaki dan siap dibina pada Februari 2008.

 

 

Pemandangan berhadapan sekolah.

         

GURU BESAR SEKOLAH

Bil

Nama Pengetua

 

Tempoh

 

1

EN TAJUDDIN GALIMBU

1975-1982

2

EN  MARADAN KENTOH

1982-1988

3

EN CHAUHIN OMPAT

1988-2001

4

PN RAIDAH HJ. KARIM

2001-……….

Copyright © Pendidikan Di SK Kepangian Ranau,Sabah, Malaysia.     Provided by WPMU DEV -The WordPress Experts    Designed by WPDesigner    Hosted by Edublogs.org